Apa dia ISS (International Space Station)

ISS adalah sebuah fasiliti penyelidikan yang telah dipasang dan dicantumkan di angkasa pada altitud dari 319.6 km ke 346.9 km dari permukaan bumi. Bergerak pada purata 27,744 km (17,240 miles) sejam.

 ISS adalah projek usahasama diantara The space agencies of the United States (NASA), Russia (RKA), Japan (JAXA), Canada (CSA) dan beberapa negara eropah (ESA).

Untuk ke ISS dua pengangkutan utama yang digunakan kini , iaitu menggunakan Space Shuttle Amerika dan Roket Soyuz Russia.

Pelancaran Roket Soyuz di Baikonour Cosmodrome

Space Shuttle di launch pad

Tahukah Anda?

Di Amerika angkasawan digelar Astronout sementara di Russia ia dipanggil Cosmonout.

Program angkasawan Malaysia dicetuskan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Seramai 11 275 pemohon memohon untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Malaysia telah menjadi negara Asia Tenggara pertama menghantar angkasawan ke ISS menggunakan roket Soyuz TMA-11 dalam misi ke 16. Malaysia telah mengemukakan dua calon akhir untuk ke ISS iaitu Kepten Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar.Dr Sheikh Muszaphar adalah rakyat Malaysia yang terpilih bagi misi kali ini. Penghantaran angkasawan Malaysia ini adalah hasil usaha kerajaan di bawah program timbalbalik atas pembelian  18 pesawat Sukhoi Su-30MKM.

Dr Sheikh Muzaphar di dalam Soyuz TMA 11

Tahukah Anda?

Angkasawan Malaysia makan rendang daging ,pisang salai,nasi beriani,tempe goreng ,sate ayam dan kuih bangkit sewaktu di ISS yang disediakan oleh MARDI.

Pakaian angkasawan Russia dipanggil "Sukhol"

Dr Sheikh Muzaphar juga merupakan seorang model sambilan.

Sewaktu di ISS Dr Sheikh Muzaphar akan menjalankan beberapa kajian mengenai sel , mikrob dan pengkristalan protein. Tepat jam 9.21 waktu tempatan 11 Oktober 2007, roket sepanjang 50 meter Soyuz TMA 11 telah dilancarkan dari tapak pelancaran Baikonour Cosmodrome , Kazakstan bagi melaksanakan misi ke 16.

 meluncur laju dalam cuaca sejuk ke langit cerah tanpa awan menuju ke ISS.

Krew Pertama  TMA11

Dr Sheikh Muzaphar , Yuri Malentschenko , Peggy Whitson

Malaysia Boleh!

Kembali